fb fb fb fb fb

Hakim bebas buat keputusan berdasarkan fakta, undang-undang tanpa rasa takut

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat

PUTRAJAYA, 15 Januari- Para hakim bebas untuk membuat keputusan berdasarkan fakta dan undang-undang tanpa rasa takut terhadap mana-mana pihak.

Menurut Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata hakim tidak sepatutnya diperintah atau digunakan oleh desakan politik yang dapat mempengaruhi keputusan mereka.

"Seorang hakim seharusnya menjadi penimbangtara perlembagaan yang memutuskan keadilan antara negara
dan subjek- subjeknya (dan sebaliknya), serta antara subjek-subjek sesama sendiri.

"Kesetiaan hakim jelas dalam sumpah kehakimannya yang diamanahkan oleh Perlembagaan untuk melindungi, memelihara, dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan,"katanya.

Tambahnya, sebarang cubaan untuk mempengaruhi mahkamah atau meruntuhkan keyakinan awam terhadap badan kehakiman adalah salah dari segi undang-undang.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE