
KUALA LUMPUR, 29 Mac – Persediaan bagi menghadapi musim haji tahun ini berjalan lancar dengan segala persiapan dibuat mengikut perancangan, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
- Dr Zulkifli berada di Arab Saudi, hadiri Forum Umrah dan Ziarah di Madinah serta meninjau persiapan pasukan Tabung Haji.
- TH melaksanakan pelbagai penambahbaikan dari segi infrastruktur, logistik dan penginapan untuk kemudahan jemaah.
- TH terus meningkatkan mutu perkhidmatan, kemudahan dan bimbingan keseluruhan demi memastikan keselesaan jemaah.
- Inisiatif 'green haj' dilancar musim ini memberi penekanan kepada alam sekitar dan kelestarian.
Beliau yang kini berada di Arab Saudi bagi menguruskan jadual kerja yang padat termasuk menghadiri Forum Umrah and Ziarah di Madinah meninjau persiapan dilaksana pasukan Tabung Haji (TH).
Beliau memaklumkan, pelbagai penambahbaikan telah dilakukan TH termasuk aspek infrastruktur, logistik dan penginapan.
“Walaupun sudah berada di tahap yang membanggakan, TH masih melakukan banyak penambahbaikan dengan meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan, kemudahan dan bimbingan secara keseluruhan, sekali gus memastikan keselesaan jemaah.
“Lebih membanggakan, inisiatif terkini TH iaitu projek ‘green haj’ yang akan dilancar musim haji ini. Inisiatif ini memberikan perhatian terhadap alam sekitar dan kelestarian,” kongsinya menerusi hantaran di Facebook.