fb fb fb fb fb

Had umur kelayakan SKSSR dinaikkan kepada 60 tahun

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong

KUALA LUMPUR, 14 Mac - Had umur kelayakan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) akan dinaikkan daripada 55 tahun kepada 60 tahun.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata inisiatif itu membolehkan 720,600 wanita yang layak, mencarum dalam skim berkenaan.

"Skim ini kita hendak memastikan perlindungan yang lebih baik kepada wanita, tidak kira wanita yang keluar bekerja di luar ataupun wanita yang bekerja di ekonomi ehsan.

"Ini memerlukan pindaan akta, jadi kita akan mulakan proses pindaan tersebut untuk menaikkan had umur daripada 55 sekarang kepada 60 tahun pada tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Wanita KESUMA dan Karnival Kerjaya Wanita MYFutureJobs PERKESO 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini.

Tambah Sim, sejak diperkenalkan pada 2022, seramai 205,000 wanita telah mencarum dalam skim berkenaan.

Tahun ini, katanya, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menyasarkan 500,000 wanita mencarum dalam SKSSR.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN