fb fb fb fb fb

Guna pengangkutan awam, elak risiko kemalangan pada musim perayaan - JPJ

Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan

KUALA LUMPUR, 3 April- Orang awam disaran untuk menaiki kenderaan awam bagi mengelakkan kadar penggunaan dan kemalangan jalan raya menjelang musim perayaan.

Menurut Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan, usaha itu mampu membendung kesesakan lalu lintas yang teruk selain mengurangkan risiko kemalangan.

Berdasarkan rekod, kadar penggunaan jalan raya mencatatkan peningkatan luar biasa, mencecah dua juta kenderaan pada musim perayaan.

"Maka, saya ingin menyarankan kepada orang ramai terutama pengguna-pengguna motosikal supaya menggunakan bas awam ataupun pengangkutan awam lain bagi mengelakkan kesesakan."

"Mereka akan merasa selesa berada dalam bas perkhidmatan awam ini," kata Datuk Lokman kepada pemberita selepas ditemu bual dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.

Selain itu, beliau memaklumkan bahaya konsesi lebuh raya PLUS telah menambah 18 'Smart Lane' di beberapa kawasan bagi mengurangkan kesesakan jalan raya dalam tempoh tertentu.

Orang ramai disarankan untuk merancang waktu perjalanan pergi mahupun pulang ke destinasi yang hendak dituju.

Bermula 1 April hingga 20 April, pihak JPJ akan melakukan Operasi Khas kenderaan perdagangan,Operasi Motosikal dan Operasi Kesalahan Utama.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM