Gudang barangan kitar semula terbakar di Teluk Panglima Garang

FOTO BOMBA SELANGOR

KUALA LUMPUR, 2 FebruariSebuah gudang barangan kitar semula di Jalan Utama Batu 9, Sijangkang, Teluk Panglima Garang, terbakar dalam satu kejadian, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kebakaran melibatkan stor barangan kitar semula bersaiz anggaran 100x100 kaki persegi, kira-kira 50% terjejas.
  • Tiada mangsa dilaporkan terlibat setakat ini dan operasi pemadaman serta pengawalan masih dijalankan.
  • Operasi melibatkan 18 anggota bomba dan beberapa jentera termasuk tiga FRT dan sebuah jentera tangki air.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.42 pagi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba (PB) Yunus Mohamed berkata, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan sebuah stor simpanan barangan kitar semula berstruktur terbuka dengan berkeluasan anggaran 100×100 kaki persegi.

“Anggaran kebakaran melibatkan sekitar 50 peratus kawasan stor berkenaan dan setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat.

“Operasi pemadaman melibatkan seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Panglima Garang, dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Andalas serta Pelabuhan Klang.

“Sebanyak tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera tangki air digunakan dalam operasi tersebut.

“Kerja-kerja pemadaman dan pengawalan kebakaran masih dijalankan bagi memastikan api dipadam sepenuhnya,” katanya menerusi kenyataan.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan