fb fb fb fb fb

GSGSG UUM sampai sumbangan sempena Aidilfitri

50 keluarga menerima sumbangan Aidilfitri daripada GSGSG UUM

PEDU, 7 April - Penoreh getah antara 50 keluarga kurang berkemampuan, di sini menerima sumbangan Aidilfitri daripada Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sumbangan berupa barangan keperluan harian itu disampaikan oleh Timbalan Dekan GSGSG Profesor Madya Dr Kamarul Azman Khamis dan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM), Datuk Badrol Hisham Hashim di Kampung Lubuk Merbau.

Menurut Dr Kamarul Azman, sumbangan tersebut merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya bersama-sama komuniti setempat.

"Ini merupakan cakna keprihatinan pemimpin bersama masyarakat dan saya juga mengharapkan anak-anak di perantauan pulanglah ke desa berhari raya, pandulah dengan cermat, mudah-mudahan di hari ray ani kita dapat bersama-sama dengan keluarga tersayang. Sempena hari raya ini juga inilah sedikit sebanyak sumbangan yang dapat diberikan oleh GSGSG UUM, " kata Dr Kamarul Azman.

"Sumbangan yang diterima hari ini sangatlah orang kata bermakna buat kami penduduk kampung ini yang mana pendapatan hanyalah orang kata punca daripada menorah getah. Ini sangat bermakna buat kami semualah untuk menyambut sempena bulan Ramadan dan Syawal ini," Penerima sumbangan, Yazah Saad.

TETITIA YUSOFF