fb fb fb fb fb

GRS komited terus tingkatkan pendapatan Sabah

Timbalan Setiausaha Agung GRS yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Ali menyampaikan ceramah pada Majlis Pelancaran Jentera Muda N.71 Tanjung Batu bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di pekarangan Pejabat Parti Gerakan Rakyat Sabah (GRS) Tanjung Batu di Tawau/BERNAMA

Tawau, 19 November - Manifesto Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan janji baharu, sebaliknya kesinambungan gerak kerja sejak tahun 2021 melalui hala tuju Plan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0, yang memberi fokus kepada peningkatan hasil negeri dan pengukuhan sosioekonomi rakyat.

Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata pendapatan Sabah disasar sekurang-kurangnya mencecah kadar RM10 bilion menjelang tahun 2030.

"Kadarnya kini mencecah 90 peratus. Daripada RM3 bilion lebih kepada RM6.4 bilion. Dengan hasil bertambah, kita tidak hanya akan bergantung kepada kerajaan pesekutuan. Mana benda-benda yang kecil, sederhana, projek kita boleh putuskan, kita boleh laksanakan sendiri," kata beliau yang juga Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup selepas melancarkan Jentera GRS Dun Tanjung Batu di  Perkarangan Pejabat GRS Tanjung Batu Tawau.

Antara projek penting yang telah dan sedang dilaksanakan, termasuk Loji Rawatan Air Cinta Mata 2 di Tawau dan Loji Rawatan Air Kogopon di Papar.

Beliau menegaskan GRS kekal konsisten “walk the talk”, dan perkembangan projek yang sedang berjalan hari ini merupakan bukti bahawa kerajaan tidak bergantung kepada retorik, sebaliknya bekerja menyelesaikan isu rakyat secara berfasa dan realistik.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ