fb fb fb fb fb

Grab Perlis laksana program CSR sempena Ramadan

Program Tanggungjawab Sosial UMNO Bahagian Kangar bersama Grab Perlis

KANGAR, 29 Mac- Seramai 35 penunggang Grab Perlis menyertai program tanggungjawab sosial sempena Ramadan dengan penghantaran hampir 400 kotak buah kurma.

Kesemua mereka perlu menghantar semua kurma berkenaan ke 35 buah sekolah rendah dan menengah seluruh Parlimen Kangar.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, pihaknya bekerjasama dengan Grab Perlis dalam melaksanakan program berkongsi rezeki dalam mengimarahkan bulan Ramadan yang kini memasuki pertengahannya.

Beliau berkata, kerjasama bersama penunggang Grab itu bagi bersama-sama berkongsi rezeki bukan sahaja kepada sekolah terlibat tetapi juga rezeki buat semua penunggang Grab.

Program mengedarkan kurma antara lebih 40 program kebajikan dilaksanakan UMNO Bahagian Kangar sepanjang Ramadan termasuklah Singgah Sahur, Bubur Kanji, I-Kongsi, Buy2Give dan Ziarah Kasih Ramadan.

Beliau memaklumkannya majlis pelepasan Program Tanggungjawab Sosial UMNO Bahagian Kangar bersama Grab Perlis hari ini.

Beliau turut menyertai penghantaran ke Sekolah Kebangsaan Seri Indera untuk menyerahkan sumbangan kurma kepada pengurusan sekolah bersama Pengerusi Grab Perlis, Muhammad Fazly Ahmad Fazhil.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE