fb fb fb fb fb

Golongan muda perlu memperkasa teknologi kewangan moden

Foto FB Fadillah Yusof

KUCHING, 10 November- Golongan muda diseru untuk memperkasakan diri dengan teknologi kewangan moden.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata dengan kemajuan sistem kewangan semasa yang semakin canggih dan peralihan kepada transaksi tanpa tunai, golongan muda harus bijak menguasai ilmu kewangan.

"Ini juga penting bagi mengelakkan penipuan kewangan yang semakin berleluasa di alam maya kini," katanya pada Program Lan Berambeh Petra Jaya sempena Takaful Masuk Kampung Samariang Batu di sini hari ini.

Program sehari anjuran Takaful Malaysia itu menarik kehadiran lebih 500 penduduk tempatan, terutamanya golongan belia.

Pelbagai agensi swasta dan kerajaan turut serta dalam pameran yang berlangsung di Dewan Kampung Samariang Batu itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM