fb fb fb fb fb

Golongan muda berpendidikan perlu berwawasan, punyai ciri kepimpinan yang tinggi

(FB HRH Crown Prince of Johor)

BATU PAHAT, 3 Disember- Golongan muda berpendidikan perlu sentiasa berwawasan, dan mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi, bagi menentukan hala tuju negara.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, golongan tersebut perlu menghindari sikap mengikut budaya tidak baik, dengan pegangan agama kukuh.

Teras bersatu dan sepakat perlu sentiasa diterap dan dikukuhkan dalam semua bidang, termasuk sukan, ekonomi, politik, dan pendidikan.

Kepesatan ekonomi Johor ketika ini adalah hasil permuafakatan dan semangat bangsa Johor.

"Perpaduan dan muafakat adalah nadi penting dalam bangsa Johor. Oleh itu kepelbagaian agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum haruslah dihormati dan dipelihara bagi mengekalkan semangat muhibah seterusnya membawa kepada kesefahaman dan kemesraan sesama kaum," baginda bertitah demikian semasa Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro Canselor dan Konvokesyen ke 22 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini.

UTHM kini berada di kedudukan ke-401, dalam Times Higher Education World University Rankings, manakala kedudukan ke 247 dalam QS Asia University Rankings 2022.

(Tunku Mahkota Johor bertitah golongan muda berpendidikan perlu berwawasan, punyai
ciri kepimpinan yang tinggi/FB HRH Crown Prince of Johor)

 

Media Baharu