fb fb fb fb fb

'GoBarakah' tingkat kecekapan dalam bantuan sosial, kurangkan pembaziran & ketidaksetaraan

Datuk Seri Nancy pada Majlis Pelancaran Platform Bantuan Sosial Pintar "GoBarakah"

KUALA LUMPUR, 8 November- Platform Bantuan Sosial Pintar 'GoBarakah' dilancarkan hari ini dalam usaha untuk menyediakan penyelesaian yang patuh syariah bagi skema manfaat komunal dan terarah.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pelancaran platform itu menandakan kerjasama signifikan antara sektor awam, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha bersama untuk meningkatkan kesejahteraan sosial dan bantuan komuniti.

"Majlis Platform Bantuan Sosial Pintar 'GoBarakah' pada hari ini adalah simbolik kerjasama erat antara sektor swasta dan kerajaan yang bertujuan untuk impak positif dalam kehidupan masyarakat kita terutama bagi mereka yang berdepan dengan kekangan dan cabaran,"katanya.

Datuk Seri Nancy berucap selepas melancarkan Platform Bantuan Sosial Pintar "GoBarakah" di Kuala Lumpur.

"GoBarakah" adalah inisiatif berimpak tinggi yang memberi sumbangan besar kepada kecekapan pengurusan dan pengedaran bantuan sosial, selari dengan usaha Kementerian unuk mengurangkan ketidaksetaraan dan pembaziran dalam bantuan sosial.

Ia membolehkan orang awam dan organisasi menderma e-baucar dalam bidang bantuan sosial utama seperti makanan, barangan runcit, bantuan perubatan, dan pendidikan kepada senarai penerima berpusat yang telah disahkan di platform tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE