SEREMBAN, 1 Oktober- Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap sebarang perkara berkaitan GISB Holdings, selepas mendapat keputusan daripada pihak berwajib.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kerajaan negeri telah menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada pihak berkuasa termasuk polis, jabatan agama negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk tindakan susulan.
Jelasnya, siasatan masih diteruskan dan tindakan akan diambil sejurus keputusan mahkamah dikeluarkan.
"Itu kita tidak dapat maklumat lagi. Sebab itu saya cakap bahawa kerajaan negeri, kita akan melihat apa tindakan di peringkat berwajib."
"Pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) akan bertindak jika keputusan daripada mahkamah telah dikeluarkan," kata Aminuddin kepada pemberita.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Penutup Festival Kesenian Islam dan Karnival Kanak-Kanak Sihat dan Pintar peringkat negeri, di sini.