fb fb fb fb fb

Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah

Salah sebuah kenderaan yang musnah

KUALA LUMPUR, 12 Februari- Sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor malam tadi mengakibatkan lima kenderaan musnah.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.53 malam.

Beliau berkata 13 anggota beserta tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn digegaskan ke lokasi kejadian.

Lima kenderaan yang terbakar membabitkan tiga buah kereta iaitu Toyota Vellfire, Perodua Bezza dan Proton Saga serta dua motosikal.

“Kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan manakala punca kebakaran sedang disiasat,” katanya dalam satu kenyataan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE