fb fb fb fb fb

Geng gerak sahur, ronda taman perumahan kejut penduduk bersahur

Keliling kampung mengejutkan penduduk bersahur antara keunikan dan keseronokan dapat dirasai sepanjang Ramadan ini

TELUK BAHANG, 13 Mac - Keliling kampung mengejutkan penduduk bersahur antara keunikan dan keseronokan dapat dirasai sepanjang Ramadan ini.

Geng gerak sahur Teluk Bahang, Pulau Pinang masih mengamalkan tradisi aktiviti kejut sahur itu sekali gus memeriahkan ketibaan Ramadan.

Deruman enjin motosikal diiringi nyaring hon angin dan laungan sahur berulang kali memecah keheningan malam mengajak penduduk bangun seawal pukul 4 pagi.

"Harapan saya agar generasi yang selepas ini meneruskan lagi kerana benda ini sudah berjalan dari zaman tok nenek moyang kita dahulu lagi dan kita cuba buat semula bagi anak-anak yang muda ini dapat tengok, insya-Allah dapat teruskanlah terutama sekali kariah Teluk Bahang," kata ketua geng gerak sahur, Mohd Ali Abdul Jabar.

Sudah menjadi rutin tahunan bagi sekumpulan 40 pemuda mengelilingi semua lorong-lorong di taman perumahan berkenaan bagi mengejutkan hampir 1,000 penduduk untuk bersahur.

"Seronoklah sebab dapat membantu, ada orang tua yang tidak boleh bangun sebab tiada telefon, tiada penggera, boleh la bantu kejutkan mereka untuk bangun bersahur," kata peserta geng gerak sahur, Mohd Afif Dini Afzainizam.

"Saya rasa baguslah kerana tiap-tiap tahun kira orang dalam Teluk Bahang ini ada orang datang gerak sahur untuk bangun pagi, seronoklah anak-anak kariah Teluk Bahang buat macam ini," kata Sulaiman Omar, penduduk Teluk Bahang.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN