fb fb fb fb fb

"Hapuskan prasangka demi perpaduan" – Ab Rauf

Ab Rauf Yusoh / Foto RTM

ALOR GAJAH, 17 Disember- Generasi baharu diingatkan supaya menghapuskan sikap prasangka, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata, perkara negatif itu dilihat memberi kesan terhadap perpaduan kaum di negara ini.

"Maka generasi baharu perlu mengambil sikap terbuka dalam meniti masa depan supaya sikap prasangka ini tidak menghakis kestabilan dan keamanan yang kita miliki.

"Saya tekankan perkara ini kerana dalam tempoh 30 tahun mendatang, rakyat Malaysia masih berada dalam komposisi kaum yang sama iaitu Melayu, Cina dan India.

"Jika kita mahu melangkah dan berhijrah ke masa depan yang lebih baik, sikap prasangka ini mesti dihapuskan kerana ia adalah legasi yang ditinggalkan penjajah," katanya selepas Program Tokoh Menteri “Kepimpinan Mahasiswa Sejagat: Strategi Kepimpinan Alaf Baru Mengimbangi Legasi dan Inovasi” di UiTM Lendu, di sini.

Dalam pada itu, beliau turut menjemput para pelajar untuk menjadi sukarelawan sempena penganjuran World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC) yang akan berlangsung di Melaka tahun hadapan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM