PUTRAJAYA, 28 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa gencatan senjata di Lubnan adalah langkah penting dalam mengelakkan konflik berpanjangan, namun terdapat kebimbangan tertentu yang memerlukan pemantauan rapi.
"Sebarang usaha dan inisiatif mencari penyelesaian secara damai terhadap konflik ini amat dialu-alukan. Namun buat masa ini, gencatan senjata nampak positif, tetapi terdapat kebimbangan tertentu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak.
"Kita perlu memantau dengan rapi. Yang paling penting sudah tentu gencatan senjata kerana ia dapat mengelakkan sebarang serangan dan pencerobohan yang berpanjangan.
"Kebimbangan saya bukan hanya di Lubnan, tetapi juga situasi di Gaza," katanya semasa menjawab persoalan mahasiswa pada Sesi Soal Jawab pada Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) di sini hari ini.
Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden memaklumkan bahawa gencatan senjata di Lubnan berkuat kuasa pada awal pagi semalam.
Keputusan itu dibuat selepas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyatakan hasrat untuk menumpukan perangnya terhadap kumpulan pejuang pembebasan Palestin, Hamas.
BERITA BERKAITAN