fb fb fb fb fb

Gencatan senjata Kemboja-Thailand: Malaysia sedia selaras pasukan pemerhati

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama Perdana Menteri Kemboja Hun Manet (kiri) dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai (kanan) ketika sidang media pada Mesyuarat Khas Bersama di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, hari ini/Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 28 Julai - Malaysia bersedia untuk menyelaras pasukan pemerhati bagi memastikan pelaksanaan gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selaku Pengerusi ASEAN, Putrajaya juga akan berbincang dengan negara rantau lain untuk terlibat sama dalam usaha berkenaan, selari dengan komitmen ASEAN menyokong keamanan serantau.

“Kedua-dua negara bersetuju untuk kembali kepada komunikasi langsung antara Perdana Menteri, Menteri Luar dan Menteri Pertahanan.

“Menteri Luar dan Menteri Pertahanan daripada Malaysia, Kemboja dan Thailand telah diarahkan untuk membangunkan mekanisme terperinci bagi pelaksanaan, pengesahan, serta laporan gencatan senjata. Ia akan menjadi asas kepada keamanan berterusan dan akauntabilit,” katanya.

Datuk Seri Anwar memaklumkannya pada sidang media mesyuarat khas Thailand-Kemboja, di sini.

Mesyuarat khas dipengerusikan Malaysia mempertemukan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai.

Mesyuarat khas menzahirkan komitmen bersama Malaysia, Thailand dan Kemboja untuk menegakkan undang-undang antarabangsa, kehidupan aman secara bersama dan kerjasama pelbagai hala dalam usaha mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan.

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI