fb fb fb fb fb

'Gencatan politik' di Dewan Rakyat perlu, fokus isu rakyat - Penganalisis

Dr Sivamurugan Pandian

KUALA LUMPUR, 26 Februari- Titah sulung Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 hari ini disifatkan sebagai komprehensif yang menyentuh segenap aspek politik, ekonomi dan sosial.

Penekanan juga diberi agar kolaborasi semua pihak dapat dipergiat demi kesejahteraan rakyat.

Justeru, penganalisis politik, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, kaedah 'gencatan politik' perlu dilaksana agar perbincangan lebih menjurus kepada solusi permasalahan rakyat.

"Saya rasa peringatan yang telah disampaikan di bawah Titah Diraja itu harus diambil iktibar oleh wakil rakyat khususnya apabila berdebat, berbahas dijaga tatacara mereka, menjadi wakil rakyat yang budiman, yang tinggi akal budinya, budi bicaranya, budi bahasanya supaya mereka yang memerhati diluar akan menjadikan mereka sebagai contoh dan teladan.

"(Sehubungan itu) isu rakyat diutamakan, bukan soal politik ataupun soal kepentingan sendiri. Itu penting buat masa ini.

"(Jadi) gencatan politik harus dilakukan supaya agenda politik dapat membawa kepada kestabilan agar ekonomi meningkat dan soal kesejahteraan rakyat dapat diutamakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di sini.

ARTIKEL BERKAITAN
Pembukaan Sidang Parlimen 2024, titah sulung YDP Agong Sultan Ibrahim jadi tumpuan
Titah Agong: Rangka dasar perpaduan rakyat yang kukuh dan harmoni
Tingkat kecekapan, saya tidak suka dengan sistem yang banyak 'red tape'- Agong
Ketepi sengketa politik, ahli Dewan Rakyat sambut baik Titah Agong

SITI AISHAH BINTI MD ISA