PETALING JAYA, 19 September- Satu gempa sederhana berukuran 5.7 magnitud berlaku di utara Halmahera pada pukul 3:45 petang.
Jabatan Meterologi (MetMalaysia) menerusi kenyataan di facebook memaklumkan gempa tersebut berlaku pada jarak 193 kilometer (km) timur laut dari Ternate, Indonesia.
Menurutnya, kejadian berpusat pada kedalaman 47km pada koordinat 2.1 utara dan 128.6 timur.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Dalam pada itu, REUTERS melaporkan gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda Papua New Guinea.
Maklumat awal, Pusat Penyelidikan Jerman Geosains (GFZ) memaklumkan gempa itu berada pada kedalaman 194 km.