fb fb fb fb fb

Gempa bumi sederhana landa Semenanjung Minahassa

PETALING JAYA, 11 Jun- Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi 9.42 pagi tadi.


Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, gempa berpusat di 0.1 darjah utara 123.0 darjah timur dengan kedalaman 120 kilometer

"Gempa dikesan 45 kilometer jarak di selatan dari Gorontalo, Indonesia," menurut kenyataan itu.

Penilaian awal, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

(Satu gempa bumi berukuran sederhana landa Semenanjung Minahassa, Sulawesi)

Media Baharu