fb fb fb fb fb

Gempa bumi sederhana landa Filipina

Foto FB Malaysian Meteorological Department

KUALA LUMPUR, 26 Disember- Gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.3 dilaporkan berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 6.26 petang tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa bumi tersebut berpusat di koordinat 8.2 darjah utara dan 125.9 darjah timur.

Ia berlaku pada kedalaman 89 kilometer.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa terbabit, menurut METMalaysia.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM