fb fb fb fb fb

Gempa bumi sederhana di Taiwan

Foto Facebook METMalaysia

PETALING JAYA, 30 Januari- Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 magnitud berlaku di Taiwan pada pukul 10.11 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi kenyataan berkata, gempa dengan kedalaman 12 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 22 km selatan dari Chiayi, Taiwan.

Gempa itu berpusat di koordinat 23.3° utara dan 120.6° timur.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

ROSLINA BINTI DIN