KUALA LUMPUR, 7 Disember- Satu gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.3 melanda Laut Ceram, Indonesia pada pukul 5.41 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan bahawa gempa tersebut berpusat di koordinat 2.2° Selatan dan 124.4° Timur.
Ia berlaku pada kedalaman 10 kilometer iaitu kira-kira 274 kilometer Timur Laut dari Kendari, Indonesia.
METMalaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.