fb fb fb fb fb

Gempa bumi sederhana di Laut Banda, Indonesia

FOTO METMALAYSIA

KUALA LUMPUR, 18 Disember- Gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.4 dilaporkan berlaku di Laut Banda, Indonesia pada 5.41 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa tersebut berpusat di koordinat 6.9° Selatan dan 130.4° Timur pada kedalaman 105 kilometer.

Lokasi kejadian adalah kira-kira 434 kilometer di tenggara Ambon, Indonesia.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa terbabit, menurut METMalaysia.

SITI AISHAH MD ISA