fb fb fb fb fb

Gempa bumi lemah di Ranau, pagi tadi

Foto METMalaysia

PETALING JAYA, 17 Disember- Gempa bumi lemah berukuran magnitud 3.1 berlaku di Ranau, Sabah pada pukul 10:01 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan bahawa gempa tersebut berpusat di koordinat 6.0° utara dan 116.6° timur.

Ia berlaku pada kedalaman 10 kilometer iaitu kira-kira 14 kilometer barat dari Ranau, Sabah. 

METMalaysia berkata gegaran mungkin dirasai sekitar Ranau, Sabah, Malaysia, susulan kejadian itu. METMalaysia akan terus memantau keadaan ini.

Dalam pada itu, METMalaysia turut memohon mereka yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soal selidik menerusi pautan ini https://forms.gle/PTpG6bkdD6EZB4F29.

ROSLINA BINTI DIN