PETALING JAYA, 14 Mei– Gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud melanda Crete, Greece pada 6.51 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa dengan kedalaman 51 kilometer (km) itu berlaku kira-kira 163 km timur dari Iraklion, Greece.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.