fb fb fb fb fb

Gempa bumi kuat 6.1 magnitud landa Halmahera, Indonesia

FOTO METMALAYSIA

KUALA LUMPUR, 4 Februari- Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 melanda Halmahera, Indonesia pada pukul 5.35 pagi tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

METMalaysia memaklumkan gempa bumi itu berpusat di koordinat 2.9° utara dan 128.0° timur dengan kedalaman 97 kilometer. Ia terletak kira-kira 207 kilometer tenggara dari Pulau Talaud, Indonesia.

Gempa bumi tersebut tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

SITI AISHAH MD ISA