fb fb fb fb fb

Gelombang Omicron, lebih 99% kes dalam kategori 1 dan 2 - Khairy

KUALA LUMPUR, 2 Mac - Lebih 99% kes harian COVID-19 yang dicatatkan dalam tempoh gelombang Omicron melibatkan kategori 1 dan 2 sahaja berbanding ketika gelombang Delta.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata meskipun terdapat peningkatan dalam kemasukan ke hospital ketika gelombang Omicron, kadar 'discaj' juga meningkat.

Keadaan itu disebabkan kadar sembuh yang tinggi serta tempoh rawatan di hospital yang tidak berpanjangan.

(Khairy ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew di Dewan Rakyat)

"Sejak Minggu Epik 5/2022, berlaku peningkatan bilangan pengisian katil di wad ICU serta kes kematian harian. Walaupun begitu, jumlah ini adalah 80 hingga 90% lebih rendah berbanding pelaporan pada Ogos tahun lalu ketika gelombang Delta walaupun kes pada ketika ini adalah lebih tinggi," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Khairy berkata varian Omicron didapati kurang berkapasiti untuk menjangkiti tisu paru-paru.

"Berbanding dengan varian Delta, didapati varian Omicron lebih suka menjangkiti dan membiak pada bahagian atas saluran pernafasan dan sifat ini memberi nilai tambah kepada keupayaanya untuk menjangkiti secara mudah serta pantas," katanya.

Media Baharu