fb fb fb fb fb

Gegaran di Ipoh, tiada laporan libatkan nyawa, harta benda

Foto Hiasan

IPOH, 29 Oktober- Polis Perak memaklumkan bahawa tiada sebarang laporan melibatkan kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda susulan insiden gegaran dan letupan di sekitar Ipoh, Isnin lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris menyatakan bahawa siasatan hanya akan diteruskan sekiranya terdapat penemuan atau bukti baharu.

"Kita perlu menyelami lagi pendekatan untuk mengesan elemen-elemen lain yang kemungkinan di luar jangkaan dan juga luar daripada radar kita.

"..Mungkin kita lihat di Perak ada kemungkinan-kemungkinan gua-gua kapur. Sebarang kemungkinan itu mungkin dalaman punya pergerakan yang itu pun kita lihat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Terdahulu, gegaran kuat dirasai di beberapa kawasan sekitar Ipoh, termasuk Bandar Baru Putra, Bercham, Medan Istana, Meru, dan Manjoi, sekitar pukul 11.00 pagi.

Gegaran yang berlangsung beberapa saat itu disusuli bunyi dentuman kuat yang menimbulkan ketakutan dalam kalangan orang ramai.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM