fb fb fb fb fb

Garis Panduan Perancangan tapak perkhemahan Negeri Sembilan dikuat kuasa Januari depan

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar

SEREMBAN, 18 Julai- Garis Panduan Perancangan (GPP) tapak perkhemahan Negeri Sembilan akan dikuatkuasakan bermula Januari tahun hadapan.

Menurut Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan J.Arul Kumar, GPP itu merangkumi perancangan tapak perkhemahan, mekanisme pemajuan dan kawal selia serta pengurusan operasi tapak perkhemahan.

Ia akan dikuat kuasa ke atas pengoperasian tapak perkhemahan baharu dan sedia ada.

"GPP tapak perkhemahan ini di Negeri Smebilan adalah untuk memastikan setiap tapak perkhemahan beroperasi dengan selamat supaya tidak ada insiden yang membahayakan pengunjung seperti mana yang berlaku di Batang Kali setahun lalu malah di Negeri Sembilan juga ada beberapa insiden telah berlaku,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Seremban.

GPP itu menggariskan beberapa elemen penting iaitu kesesuaian lokasi dan tapak, zon guna tanah yang dibenarkan, peletakan plot khemah, penyediaan kemudahan asas dan penyediaan utiliti.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE