fb fb fb fb fb

Gantung siaran Himpunan Pembebasan Palestin, Fahmi kesal alasan Meta

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 6 Ogos - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil kesal dengan alasan diberikan Meta berhubung tindakan penggantungan siaran langsung disiarkan di Facebook melalui akaun Berita RTM yang menyiarkan Himpunan Pembebasan Palestin pada Ahad lalu.

Katanya, alasan penggantungan itu susulan lagu yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi pada himpunan berkenaan telah melanggar hak cipta. 

"Di sini saya maklumkan kepada Meta, saya tidak boleh terima jawapan mereka kerana saya telah menyatakan bahawa Meta ini adalah senarai yang ingin bersiaran secara langsung dalam paltform Facebooj dan saya minta kerjasama mereka untuk memastikan tiada apa-apa isu," kata Fahmi.

Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi Bulan Ogos, di sini.

Fahmi juga menjelaskan, beliau telah meminta kerjasama daripada Meta dengan memberikan lebih awal senarai agensi media yang ingin menyiarkan secara langsung himpunan tersebut menerusi platform Facebook pada program berkenaan.

TETITIA YUSOFF