fb fb fb fb fb

Gagal patuh piawaian: Penyedia perkhidmatan jalur lebar dikenakan tindakan

(Tan Sri Annuar dalam sidang media di Putrajaya)

PUTRAJAYA, 17 Ogos- 94 Notis Pematuhan dan tiga Arahan Suruhanjaya dikeluarkan kepada penyedia perkhidmatan yang gagal mematuhi piawaian perkhidmatan jalur lebar selain menyediakan pengalaman baik kepada pengguna.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, hasil audit kualiti mendapati masih terdapat sesetengah kawasan merekodkan kualiti capaian internet kurang baik.

"Dalam hubungan ini dari semasa ke semasa adalah penting bagi SKMM sentiasa menyemak tahap dan kedudukan perkhidmatan oleh syarikat telekomunikasi dan kita tidak boleh hanya membiarkan syarikat berkenaan melaksanakan mengikut cara mereka sahaja tetapi perlulah ada penanda aras yang tertentu dan perlu ada pemeriksaan terhadap pematuhan dan tahap kecapaian penanda aras tersebut.

"Ini bagi memastikan rakyat dapat menerima perkhidmatan lebih berkualiti dari semasa ke semasa," kata Annuar dalam sidang media di sini.

(Penyedia perkhidmatan jalur lebar dikenakan tindakan/Foto fail)

Media Baharu