Gagal bayar caruman KWSP, 14,332 majikan disekat keluar negara

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 MAC – 14,332 majikan gagal bayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disekat keluar negara sepanjang tahun 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • 2,257 nama baharu diserah kepada Jabatan Imigresen; 3,530 saman sivil difailkan terhadap majikan.
  • 6,011 tindakan dikenakan ke atas majikan mengikut Seksyen 39 Akta KWSP 1991.
  • 8,868 kes tunggakan daripada 21,029 aduan berjaya diselesaikan; 12,161 kes masih dalam tindakan perundangan.
  • KWSP komited mempergiat penguatkuasaan bagi memastikan majikan patuh dan melindungi kebajikan serta hak pekerja.

Ini termasuk 2,257 nama baharu yang diserah kepada Jabatan Imigresen dengan 3,530 saman sivil telah difailkan.

Menurut Ketua Pegawai Operasinya, Sazaliza Zainuddin, 6,011 tindakan turut dikenakan terhadap majikan yang gagal berbuat demikian mengikut Seksyen 39 Akta KWSP 1991.

“KWSP sentiasa memantau majikan bagi memastikan caruman dapat dibuat tepat pada masanya sekaligus dapat melindungi hak pekerja dalam memastikan simpanan mereka bertambah demi kesejahteraan kewangan jangka panjang.

“8,868 kes tunggakan caruman daripada 21,029 aduan turut berjaya diselesaikan.Manakala 12,161 kes masih dalam tindakan perundangan,”katanya menerusi kenyataan.

Sazaliza menjelaskan, pihaknya komited mempergiat usaha penguatkuasaan bagi memastikan majikan memenuhi kewajipan yang ditetapkan terhadap mereka serta melindungi kebajikan hak pekerja.