fb fb fb fb fb

Gabenor baharu BNM mampu tingkat kestabilan kewangan negara

(Fb Anwar Ibrahim)

PUTRAJAYA, 20 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Gabenor Bank Negara (BNM) yang baharu, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour di pejabatnya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menerusi catatan Facebooknya menyatakan keyakinan yang tinggi terhadap Shaik dalam meneruskan dasar monetari yang mampan dan stabil, serta meningkatkan kedudukan kewangan negara menjadi lebih baik, kukuh dan stabil.

"Saya utus penghargaan buat Tan Sri Nor Shamsiah atas jasa bakti beliau mengemudi BNM terutamanya ketika negara melalui saat-saat sukar dan getir sepanjang tempoh wabak menyerang.

"Saya menaruh sepenuh kepercayaan kepada Gabenor yang baharu dalam mendepani tantangan semasa lantas mencipta lonjakan yang baharu buat negara tercinta," kata Anwar.

Shaik bakal mengambil alih jawatan Gabenor BNM daripada Nor Shamsiah yang tamat tempoh lantikannya pada 30 Jun ini.

(Gabenor baharu BNM mampu tingkat kestabilan kewangan negara/Foto hiasan)

 

 

Media Baharu