SINTOK, 26 Disember - Kira-kira 70 peratus pelajar daripada golongan B40 di Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima manfaat menerusi program “Bank Makanan” atau 'Food Bank' Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM.
Inisiatif hasil sumbangan pelajar itu dapat merapatkan lagi hubungan sesama pelajar dalam aktiviti kesukarelawan, sekali gus membantu mahasiswa yang kurang berkemampuan.
Yang Dipertua MPP UUM Muhammad Izuan Faiz Abdul Rahman berkata, usaha tersebut bukan sahaja dapat meringankan beban pelajar malah dapat membantu mengurangkan kos sara hidup mahasiaswa yang berjauhan daripada keluarga masing-masing.
"Ia merupakann satu inisiatif di mana objektif utama ini adalah untuk memastikan bantuan sampai terus dan kedua mampu meringan beban mahasiaswa mendepani kos kehidupan harian,"kata Izuan Faiz, di sini.
Berkonsepkan dari pelajar kepada pelajar sumbangan diagihkan kepada 16 buah inapan siswa dan inasis dan taman perumahan di sekitar universiti itu.
Selain makanan ringan bantuan berbentuk keperluan harian turut disediakan.