fb fb fb fb fb

Fokus, tumpu tugas sebagai menteri besar - Fahmi Fadzil

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 6 Januari- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor perlu fokus dan menumpukan tugas-tugasnya sebagai menteri besar kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Perkara itu berikutan kenyataan Sanusi berkenaan 'Langkah Dubai' yang dianggap akan menjadi realiti.

"Fokus kepada pentadbiran, saya rasa ada isu-isu yang kita mula lihat sama ada isu nadir bumi atau masalah terkini sensasi masalah Kedah FC.

"Jadi, saya fikir beliar masih banyak perkara perlu difikirakan. Beliau ialah Menteri Besar Kedah dan bukan ahli Parlimen. Jadi perlu fokus kepada tugas masing-masing," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah selepas Program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat di ibu negara.

Dalam perkembangan lain, ketika mengulas mengenai penyelarasan dan rombakan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Fahmi berkata perkara itu perlu melihat kepada fungsi jabatan itu sendiri.

Ia disebabkan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa Langkah Dubai timbul sewaktu percutian pemimpin pembangkang termasuk daripada pihak kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Bagaimanapun perkara itu sedang diteliti.

"Masih lagi dalam proses penelitian beberapa fungsi, saya jangkakan mungkin dalam bulan dua.

"Saya lihat ada beberapa fungsi yang diperlukan, itu antara sebab kenapa kita ingin buat penyelarasan. dan rombakan itu perlu kerana saya lihat dia kena berbeza sikit daripada apa yang diusahakan sebelum ini," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI