fb fb fb fb fb

Floria Diraja Putrajaya, lokasi tumpuan sempena cuti umum

PUTRAJAYA, 31 Ogos- Cuti umum sempena Hari Kebangsaan dimanfaat Keluarga Malaysia dengan mengunjungi Floria Diraja Putrajaya.

Membuka tirainya dengan tema 'Floria Hebat' dua hari lalu, antara lokasi yang menjadi tumpuan ialah Taman Keluarga Malaysia dan gerai jualan Orkid.

Bertempat di Anjung Floria, Presint 4, tapak seluas 20 hektar itu digunakan sepenuhnya untuk pameran bunga-bungaan khasnya bunga Orkid yang dipilih sebagai bunga tema untuk festival kali ini.

Tumpuan utama menggamit pengunjung adalah dinding bunga menegak yang dipenuhi dengan Orkid daripada pelbagai spesies dan kacukan, terutama kelompok Dendrobium.

"Memang hajat itu nak beli Orkid, boleh dikatakan ada floria ini makcik tidak pernah ketinggalan untuk datang, selain itu dapat terapi kita punya mindalah," kata pengunjung, Jamiah Yatim

"Saya memang peminat Orkid, ini peluang yang saya tidak lepaskanlah," menurut Halimah Yahya.

(Dinding bunga menegak dipenuhi Orkid antara tumpuan di Floria Diraja Putrajaya)

Selain Orkid, 400,000 pokok bunga daripada pelbagai spesies dan kultivar turut menjadi tarikan pengunjung.

Floria Diraja Putrajaya dibuka bermula pukul 9 pagi hingga 10 malam hingga 4 September.

Media Baharu