fb fb fb fb fb

FGM 2020, medan persiapan warga pendidik hadapi revolusi pendidikan digital

BACHOK, 13 Mei - Festival Guru Malaysia (FGM) 2020 memberi fokus kepada pameran pendidikan digital secara hibrid sebagai pendedahan kepada warga pendidik selaras revolusi industri (IR) 4.0.

Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Maznah Abu Bakar berkata ia bertujuan meneruskan pendidikan digital ketika pandemik COVID-19.

Menerusi pameran tersebut, guru-guru diberi idea dan inspriasi untuk melaksanakan pedagogi berteraskan digital.

(Maznah Abu Bakar ditemui di FGM 2022 di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok)

"Semasa pandemik pelajar dan guru membuat pembelajaran secara atas talian dan sekarang dalam proses endemik ini kita telah kembali ke sekolah secara bersemuka, namun kita tidak mahu melihat pendidikan digital itu terhenti disitu sahaja.

"Jadi dengan cara simulasi yang kita buat disini kita akan memberi idea dan inspirasi kepada guru-guru macam mana mereka boleh melangkah ke hadapan untuk melaksanakan pendidikn digital secara hibrid ini," katanya ketika ditemui di FGM 2022 di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok.

FGM 2020 yang bermula semalam sehingga 16 Mei itu turut menerapkan 14 elemen menerusi Sekolahku SEJAHTERA antaranya seronok, adab, eksplorasi dan rasionalisasi.

Media Baharu