fb fb fb fb fb

Festival Idea Putrajaya 2024 dijangka himpunkan pakar, pembuat dasar, ahli akademik & industri

FOTO RTM

PUTRAJAYA, 9 November- Jerayawara Festival Idea Putrajaya 2024, platform pengenalan untuk mempromosikan Festival Idea Putrajaya 2024 yang dijadual berlangsung selama tiga hari pada penghujung November ini.

Ia memberi gambaran awal mengenai pengisian festival tersebut pada 27 hingga 29 November bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang diinspirasikan sebagai platform berprestij bagi perbincangan dan perkongsian idea-idea inovatif serta penyelesaian terhadap cabaran semasa yang dihadapi negara dan dunia.

Dijangka menghimpunkan pemimpin pemikir, pakar, pembuat dasar, ahli akademik, industri dan masyarakat umum, ia juga inisiatif signifikan bagi memartabat pendidikan tinggi serta memperkukuh imej Malaysia sebagai pusat kecemerlangan wacana intektual dan inovasi.

"Festival ini juga akan dianjurkan untuk mengembalikan kegemilangan budaya ilmu dan melahirkan masyarakat yang menghargai ilmu. Kita juga akan berkongsi dengan masyarakat dalam ruang masa tersebut, 'The Malaysian Success Story' dengan mengangkat Putrajaya sebagai 'City of Ideas'," kata Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang ketika menyampaikan teks ucapan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Program jerayawara diadakan selama dua hari bermula hari ini hingga esok, 10 November 2024 di sebuah pusat membeli-belah di Putrajaya dengan pelbagai aktiviti, melibatkan penyertaan pempamer daripada 20 industri, dan lima institusi pendidikan tinggi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE