fb fb fb fb fb

Festival Gastronomi Nyamai 2024: Istimewa, edisi Hari Malaysia

Foto facebook Datuk Seri Nancy Shukri

KUCHING, 9 Jun- Festival Gastronomi Nyamai 2024 : Edisi Hari Malaysia akan diadakan pada 13 sehingga 15 September ini di Kampung Budaya Sarawak di Santubong.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata festival kali ini dilihat istimewa, kerana ia merupakan Edisi Hari Malaysia yang menjanjikan bufet gastronomi mega dengan pelbagai hidangan Malaysia yang lazat dan terbaik.

“Inisiatif ini sejajar dengan pengiktirafan Kuching sebagai Bandar Gastronomi Kreatif UNIESCO, yang diisytiharkan pada 2021, menggariskan warisan makanan kami yang kaya dan meletakkan kami sebagai destinasi masakan global,” katanya dalam sidang media di Santubong, Kuching.

Beliau yang juga Penaung Persatuan Gastronomi Sarawak memberitahu sebanyak 100 pempamer atau vendor dijangka menyertai festival tiga hari tersebut.

Berkonsepkan, 'Dari Ladang ke Meja’, festival itu menekankan kemampanan dan menyokong petani tempatan dengan menonjolkan perjalanan hasil tempatan ke dalam satu-satu hidangan.

Orang ramai juga boleh menyaksikan festival berkenaan secara percuma.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan kehadiran orang ramai dengan memakai pakaian tradisional bagi meningkatkan semangat perayaan Hari Malaysia.

Pelbagai aktiviti lain turut diadakan antaranya, forum, demonstrasi masakan dan persembahan artis tempatan.

ROSLINA BINTI DIN