GUA MUSANG, 6 Ogos - Perkhidmatan feri yang menghubungkan Pengkalan Kubor, Tumpat ke Takbai, Narathiwat, Thailand akan di tambah baik apabila sebuah feri baharu akan mula beroperasi awal tahun hadapan.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penggantian feri baharu milik Jabatan Kerja Raya (JKR) itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM8 juta.
Feri baharu itu bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang akan memberi lebih keselesaan kepada pengguna.
"Lebih besar aspek keselamatan lebih baik dan ia boleh memuatkan lebih ramai pengguna dan memuatkan lebih banyak kenderaan lebih selamat apabila feri baru,"kata Ahmah Maslan kepada pemberita selepas melawat Pusat Media PRK Dewan Negeri Nenggiri serta di temubual di mini konti Kelantan fm di Sungai Asap, di sini.
Mengulas lanjut, Ahmad Maslan berkata pengoperasian feri baharu itu bagi menggantikan feri lama yang sudah berusia lebih 20 tahun.
Ketika ini terdapat dua buah feri yang beroperasi di Sungai Golok, Pengkalan Kubor-Tak Bai iaitu masing-masing satu dari Malaysia dan Thailand.