fb fb fb fb fb

Fenomena Wordle: Kini muncul Nerdle, Dordle, Wordle-BTS dan Katapat

KUALA LUMPUR, 14 Februari- Fenomena permainan lima huruf, Wordle yang kini melanda seluruh dunia sudah berkembang kepada 350 variasi permainan.

Ini termasuklah seperti dalam bentuk Matematik serta lebih 90 bahasa termasuk Melayu, Arab, Cina, Jepun dan Perancis, menurut laman web 'Wordles of the World'.

Permainan Wordle versi Melayu, yang dipanggil Katapat juga tidak kurang hebatnya.

Katapat atau gabungan 'kata' dan 'tepat' yang dibangunkan pengaturcara berasal Malaysia, Eugene Low, sedang giat dimainkan di Singapura dan Malaysia.

Dimulakan dalam Bahasa Inggeris, Wordle dicipta oleh jurutera perisian berasal dari Wales berpangkalan di New York, Josh Wardle.

Ia mula ditawarkan kepada orang ramai Oktober tahun lalu dan pada awal November dimainkan oleh sekitar 900 orang.

Bagaimanapun bilangan pemain bagi permainan kata dalam talian secara percuma itu kini dimainkan jutaan orang setiap hari.

Media Baharu