fb fb fb fb fb

Fenomena 'Blood Moon' hiasi langit tengah malam ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 7 September- Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh atau Blood Moon bermula tengah malam ini hingga awal pagi esok, dengan kemuncak pada 1.30 pagi sebelum berakhir kira-kira 3.56 pagi.

Pengarah Planetarium Negara, Mohd Zamri Shah Mastor berkata, bulan akan kelihatan berwarna kemerahan apabila memasuki bayang bumi sepenuhnya akibat pembiasan cahaya matahari melalui atmosfera bumi.

“Fenomena ini jarang berlaku. Kali terakhir gerhana bulan penuh dapat dilihat di Malaysia ialah pada November 2012.

Kali ini ia berlangsung lebih lama, memberi peluang orang ramai menyaksikannya dengan jelas,” katanya.

Bagi memberi pengalaman lebih dekat, Planetarium Negara menyediakan teleskop khas untuk cerapan serta tayangan simulasi di Panggung Angkasa sekiranya cuaca tidak mengizinkan.

Pengunjung juga boleh melawat pameran khas mengenai astronomi, selain berpeluang melihat planet Zuhal atau Saturnus yang dijangka muncul berdekatan bulan malam ini.

Orang ramai turut boleh mengikuti siaran langsung cerapan dan ulasan fenomena berkenaan melalui media sosial rasmi Planetarium Negara.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN