fb fb fb fb fb

Lapan kawasan di Kedah terjejas fenomena El Nino

Foto BERNAMA

ALOR SETAR, 23 Januari- Lapan kawasan di dua daerah di Kedah iaitu Kuala Muda dan Langkawi dijangka terkesan akibat cuaca kering dan panas atau fenomena El Nino ketika ini.

Menurut Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd (SADA), pihaknya mendapati kapasiti pengeluaran air harian di beberapa Loji Rawatan Air (LRA) di Kedah menunjukkan trend penurunan.

Antara kawasan yang berisiko terjejas sepanjang musim kemarau ini ialah Merbok, Semeling, Tikam Batu, Tanjung Dawai, Pengkalan Bujang, Bedong, Gurun dan Pulau Tuba, Langkawi.

Jelas SADA, kawasan terbabit memperoleh bekalan air daripada LRA jenis 'headworks' yang menerima sumber bekalan air mentah daripada gunung atau bukit.

"Terdapat empat kawasan mengunakan LRA jenis 'headworks' daripada 35 LRA di seluruh Kedah. Antaranya ialah LRA Merbok, LRA Tupah dan LRA Gurun, di daerah Kuala Muda serta LRA Pulau Tuba di daerah Langkawi," menurut kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan fenomena berkenaan sedang berlaku di seluruh negara dan dijangka berterusan sehingga suku kedua tahun ini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM