fb fb fb fb fb

Fenomena El-Nino, JBPM rekod 1,047 kes kebakaran

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Siti Rohani Nadir

JOHOR BAHRU, 31 Mac- Sebanyak 1,047 kes kebakaran direkodkan, sepanjang tempoh fenomena El-Nino di Johor, sejak 30 Januari hingga semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Siti Rohani Nadir berkata jumlah itu melibatkan 1,001 kes kebakaran bukan gambut dan 46 kes kebakaran gambut. 

Keluasan bagi keseluruhan kawasan yang merekodkan kebakaran meliputi sehingga 9.39 hektar.

Susulan itu, orang ramai disaran untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga, meskipun negara sedang memasuk fasa peralihan monsun. 

"Kita nasihatkan orang ramai tidak sewenangnya melakukan pembakaran terbuka, membuang sampah sarap, mengemas perabot atau bakar rumput."

"Jadi, kita harap mereka ini tidak sewenangnya membuat pembakaran terbuka sebab cuaca panas dan kebakaran mudah merebak," kata Siti Rohani kepada pemberita dalam sidang media sempena Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan Aidilfitri Peringkat Negeri di Kempas, di sini.

Dalam perkembangan berkaitan, JBPM akan Johor menugaskan 70 peratus pegawai dan anggota, menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti. 

Menurutnya, hanya 30 peratus yang dibenarkan bercuti ketika musim perayaan tersebut. 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM