fb fb fb fb fb

Fenomena air pasang dijangka berlaku di Kedah mula 18 Oktober ini

Gambar hiasan

BALING, 17 Oktober - Fenomena air pasang dijangka mencapai ketinggian sehingga 3.1 meter di lima daerah di Kedah selama tiga hari bermula 18 Oktober ini.

Menurut Penguasa Bomba Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, selaku seketariat penyelaras,  pelaksanaan kerja-kerja pembersihan bermula petang semalam sehingga esok telah melibatkan dua fasa.

Jelasnya, fasa pertama merangkumi kawasan dari Kampung Lahar sehingga Kampung Seberang Pekan, manakala fasa kedua dari Lubuk Pedati hingga Kampung Limau dan Charok Sikin.

"Kawasan-kawasan yang terkesan di daerah Baling kami telah membersihkan sungai untuk melancarkan aliran air dan mencegah banjir kilat.

"Kerja-kerja pembersihan termasuk pemotongan pokok yang menghalang aliran air sungai serta sampah yang melekat di tiang-tiang jambatan," katanya ketika ditemui RTM.

Aktiviti gotong-royong ini turut melibatkan agensi kerajaan seperti bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Majlis Daerah Baling, dan Pejabat Penghulu.

Beberapa kampung berisiko menghadapi banjir kilat termasuk Kampung Lahar, Kampung Batu 48, Kampung Haji Abbas, Kampung Pulai, Sungai Limau, Tanjung Merbau, Charok Sikin, Charok Bemban, dan Kampung Sirako.

Pada Ahad lalu, beberapa kampung di daerah ini dilanda banjir berulang kali untuk kali ketiga.

GRACE AISYAH KEDAYAN