fb fb fb fb fb

Fenomena air pasang besar: JPS Melaka pantau kawasan berisiko

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Ir Ts Dr Muhammad Khairudin Khalil / Foto RTM

AYER KEROH, 22 November-Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka laksana pemantauan berterusan di lokasi berisiko banjir susulan fenomena air pasang besar.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Ir Ts Dr Muhammad Khairudin Khalil berkata ia melibatkan kawasan pesisir pantai Melaka bermula dari kuala Sungai Linggi hingga Kuala Sungai Kesang.

Air pasang besar di Melaka untuk tahun ni direkodkan setinggi 2.26 meter berbanding 2.25 meter pada tahun lalu.

“Pada tahun ini dicatatkan yang tertinggi adalah 2.26 meter.

"Sekiranya berlaku kejadian air pasang besar ini terutamanya masyarakat atau penduduk yang berada di sekitar pesisir pantai, boleh mengambil langkah- langkah untuk berhati-hati dan bersiap siaga sekiranya berlaku kejadian ini", katanya di sini.

Bagi mengurangkan risiko banjir JPS juga sedang melaksana empat projek mengatasi banjir di pesisir pantai iaitu 2 projek Fenomena Air Pasang Besar dan dua projek di bawah kawalan hakisan pantai.

Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk peka dengan keadaan cuaca semasa dan jangkaan paras air pasang yang boleh disemak di laman sesawang rasmi ‘public infobanjir’ JPS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD