fb fb fb fb fb

Fenomena air pasang besar diramal berlaku hingga Khamis

KUALA LUMPUR, 9 Oktober - Air pasang besar dijangka berlaku di beberapa kawasan, hingga Khamis ini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi perkongsian di laman Facebook memaklumkan Pusat Hidrografi Nasional meramalkan kawasan terlibat adalah Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk, Perak; Pelabuhan Klang, Selangor serta Batu Pahat dan Pontian di Johor.

Fenomena itu berpunca daripada pengaruh daya tarikan graviti ketika kedudukan bulan dan matahari sejajar, seterusnya berkemungkinan menyebabkan limpahan air di daratan serta banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai.

Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran lebih peka dan berwaspada semasa fenomena itu berlaku.

Media Baharu