Fasiliti sekolah diperbaiki untuk keselesaan pembelajaran

Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Gelugor

GEORGE TOWN, 30 Mac – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang memberi perhatian serius berkait dengan fasiliti sekolah yang perlu diperbaiki dan pelaksanaannya akan disegerakan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembaikan fasiliti sekolah disegerakan untuk memastikan bilik darjah selesa dan kondusif bagi sesi pembelajaran.
  • Masalah pengudaraan dan kipas ditangani; tingkap yang boleh dibuka, bekalan minum dan kipas kecil disediakan rapi.
  • Maklumat daripada pentadbir sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah membolehkan isu fasiliti diselesaikan segera.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri ( JPN ) Pulau Pinang, Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata, perkara itu bagi memastikan sesi pembelajaran berlangsung dalam persekitaran selesa dan kondusif dalam bilik darjah.

“Mana-mana sekolah yang menghadapi masalah berkaitan kipas atau pengudaraan dalam bilik darjah akan ditangani lebih awal. Insya-Allah, sebarang isu sebegini akan disegerakan supaya murid dapat belajar dengan selesa.

“Selain itu, tingkap yang boleh dibuka akan memastikan pengudaraan yang baik di bilik darjah, manakala kemudahan seperti minum air dan penggunaan kipas kecil juga akan disediakan dengan rapi. Semua ini bagi memastikan murid hadir ke sekolah dalam keadaan selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Lawatan Pengarah Pendidikan ke Sekolah Bagi Kesediaan Sekolah Patuhi Garis Panduan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Gelugor.

Menurut Mohamad Dziauddin, melalui penyaluran maklumat daripada pentadbir sekolah serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masalah berkenaan di setiap sekolah dapat diatasi dan deselesaikan dengan segera.