LABUAN, 23 November - Fasa 1 Operasi Perobohan Penempatan Haram di tanah milik Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di kawasan Kampung Gersik Saguking bermula hari ini.
Ia melibatkan lebih 400 rumah setinggan dengan hampir 2,000 penduduk, melalui dua fasa perobohan di tiga zon yang telah dikenal pasti.
Operasi melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Labuan, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Imigresen serta Sabah Electricity Sdn Bhd.
Penduduk di kawasan tersebut terdahulu diberi tempoh enam bulan sejak notis dikeluarkan pada 22 Mei lalu, bagi memberi ruang dan masa untuk melaksanakan pemindahan dan pemulangan tanah milik MUIS tersebut.
Selain, pemasangan papan tanda di lokasi keluar masuk serta baner notis peringatan untuk mengosongkan tanah milik MUIS berkeluasan 34 ekar itu.
Setiausaha merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Ramlan Awang Ali pada berkata, analisa agensi berkait; kawasan tersebut didapati menjadi punca kepada beberapa masalah seperti sosial dan jenayah, selain isu kebersihan dan kesihatan yang memangkin penularan penyakit berjangkit dan wabak denggi.
Pada masa sama mengekang ketirisan sumber Jabatan Bekalan Air dan Elektrik, serta isu keselamatan penduduk setempat.
Usaha tersebut bermula sejak 2020 namun tertangguh berikutan COVID-19, dengan perancangan pembangunan kawasan prospek ‘Mix Development’ merangkumi gudang projek minyak dan gas selain logistik perkapalan.